Statisitk: Negeri UMNO/BN Ramai Murtad


Statistik di atas menunjukkan pecahan yang murtad mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2010. Tempoh 10 tahun yang membuat permohonan murtad dari agama Islam ialah berjumlah 686 permohonan yang dipohon dan permohonan yang diluluskan ialah 135.

Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah olehUMNO/BN yang dikatakan membela Islam ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).

Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu.

Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan 36 dan 5 permohonan telah dipohon namun hanya 1 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM. Wilayah Persekutuan pula mencatatkan permohonan pertukaran agama sebanyak 17.86% atau 10 permohonan sahaja yang dibenarkan berbanding 56 yang dipohon pertukaran agama.

Hanya Kelantan yang menghayati ajaran Islam di bawah pemerintahan PAS selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang mana tiada sebarang permohonan untuk keluar dari agama. Itulah sebenarnya negeri yang patut dicontohi oleh BN agar tidak menolak hukum Islam ciptaan ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia."

Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:

1) Membunuh,
2) Penzina yang sudah bernikah dan
3) Orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam)

Akibat BN menolak hukum Islam, inilah padahnya. Rakyat semakin berani untuk menukar agama kerana dasar Bn sendiri yang menolak Islam. Apabila PAS mahu melaksanakan hukum Hudud, BN yang kononnya memperjuangkan Islam telah menjual agama itu sendiri.

Apa tidaknya, akhbar milik mereka begitu berani menghina serta menfitnah agama seperti yang berlaku dalam akhbar Utusan hari ini seperti di bawah. Inilah Islam yang dibawa oleh UMNO/BN.

Klik untuk pembesaran


Comments