Bekas Menteri Rogol Pekerja Dewan Bandaraya


PARIS: Seorang bekas menteri dan datuk bandar bagi parti yang memerintah ketika ini dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa merogol seorang pekerja wanita yang bertugas di pejabatnya di dewan bandaraya, kata pendakwa raya. 

Bekas Menteri Rendah Perkhidmatan Awam, Georges Tron, dari parti UMP diketuai Presiden Nicolas Sarkozy, berdepan tuduhan rogol dan serangan seksual oleh "seorang yang berkuasa", kata Marie-Suzanne Le Queau selepas tampil di hadapan hakim di mahkamah Evry, luar Paris.

Tron dibebaskan dengan ikat jamin. Jenayah itu boleh menyebabkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. 

AFP

Comments