11 Cadangan Bangan Puak UMNO Untuk Demonstrasi

Klik untuk pembesaran imej

Ban Jir petik screen shot ni di UMNO Online. Walau di portal tersebut, tapi tulisan dari seorang blogger puak-puak songkok tinggi juga. Cadangan beliau agak lawak dan jakun seperti mana pemimpin mereka juga. Ada ke patut cadangan untuk yang pergi demo suruh duk diam.

Cadangan pertama dari pencacai ini ialah menyuruh sesiapa yang naik teksi perlu membayar tambang. Tak ke bodoh cadangan tu. Sebelum ini orang naik teksi pun memang kena bayar. Mana ada teksi percuma dalam Malaysia ni. Masuk tandas pun ada nilainya tersendiri. Ban Jir rasa pencacai ni tidak pernah naik teksi dan tidak pernah bayar tambang teksi.

Cadangan kedua agak sedikit dangkal kerana menyuruh rakyat bawa penyapu untuk demonstrasi. Rakyat pada hari itu bukan untuk menyapu kawasan bandar dan bukan untuk bersenjata apa-apa peralatan seperti penyapu. Penyapu juga boleh dikira sebagai senjata bebrbahaya jika disalahguna. Mungkin ini cadangan pekerja di bangunan UMNO berdekatan PWTC yang belum pernah turun untuk berdemonstrasi.

Cadangan ketiga adalah cadangan seperti 'ah long'. Tidak pernah manusia berdemonstrasi meletakkan deposit dan tidak pernah ada kekecohan melainkan dari pihak keselamatan yang cuba melakukan provokasi melampau. Kadang-kadang pihak tersebut sengaja merosakkan harta benda awam untuk memburukkan mereka yang terlibat dengan demonstrasi.

Cadangan keempat ini sesuai untuk orang bisu. Tidak pernah ada demostrasi secara diam dan tidak bersuara kecuali demonstrasi puak-puak UMNO yang hanya "Aku dengar, aku patuh". Lebih kurang kepada pak turut semata-mata. Pencacai ni kena banyak belajar. Orang nak buat hubungan seks pun ada bunyi siura bukan diam macam puak-puak pencacai. Nanti tidak klimak.


Cadangan kelima melantik pengawas itu adalah sesuai untuk UMNO yang tidak tahu menjaga disiplin. Pengawas hanya wujud dalam UMNO kerana tidak ada disiplin. Tidak perlu melantik kalau displin itu tinggi. Cuma yang ada pengawas ialah mereka yang ada masalh dari segi disiplin.

Cadangan keenam ialah cadangan seperti orang terencat akal. Tidak pernah sesuatu demonstrasi berarak ke belakang seperti pencacai UMNO ini. Apa kejadah berdemonstrasi seperti orang tidak betul. Tujuan demonstrasi adalah menegak ke arah yang benar dan betul. Kalau berarak songsang itu namanya demonstrasi cacat dan terencat.

Cadanagan ketujuh adalah cadangan seorang yang pengecut. Adakah patut ditegah untuk untuk manusia membawa kamera. Bukankah UMNO kata negara ini demokrasi dan bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan perlembagaan. Buta perlembagaan agaknya pencacai ini atau beliau sendiri yang buta mata dan hati. Memaksa untuk makan digerai yang disediakan? Suka hatilah mereka mahu makan di KFC, McD atau mana-mana. Kenapa jumud sangat?

Cadangan kelapan cadangan telanjang dulu baru pakai pakaian. Kesian betul dengan cadangan puak-puak UMNO. Betap bodoh dan jahilnya mereka tentang pemakaian. Pakaian pun mereka mahu kawal. Ingat negara ini bapak engkau punya ke? Suka hati la manusia mahu pakai baju warna apa pun. Warna pink atau kuning. Macam takut sangat dengan warna kuning.

Cadangan kesembilan ialah melalak ialah cadangan UMNO sahaja. Hanya puak-puak UMNO sahaja yang boleh nyanyi lagu "Inilah Barisan Kita" sebab ada kaitan dengan Barisan Nasional. Lagu apa-apa itu tidak penting dalam demonstrasi dan paling penting memperjuangkan kebenaran. Kalau mahu menyanyi, pergi uji bakat dan jangan melalak di tengah jalan. Nanti orang kata gila.

Cadangan kesepuluh dan kesebelas adalah cadangan tambahan untuk menunjukkan seperti seorang yang baik sedangkan 9 cadangan yang di atas menampakkan kebodohan dan kedangkalan si penulis pencacai UMNO ini. 

Kalau baca cadangan puak-puak tu, boleh tergelak hingga putus urat kentut. Jangan dilayan sangat cadangan kuno itu. Ia seolah-olah orang bodoh mahu jadi peguam. 

Comments