UMNO mempergunakan budak-budak untuk demonstrasi murahan mereka. Golongan yang menjadi taruhan mereka adalah sekitar 13 hingga 17 tahun yang masih belum mengenal apa itu politik kotor tetapi mereka pula menjadikan budak-budak ini kotor dengan politik mereka.
Tindakan ini seakan-akan terdesak oleh pihak UMNO yang menjadikan kanak-kanak seperti budak suruhan yang tidak mengenali apa itu politik kotor yang sedang dimainkan oleh mereka. Mereka menjadikan ini untuk menunjukkan bahawa kanak-kanak juga suka benda-benda kotor.
Ketika ditanya, budak-budak tersebut disuruh untuk meramaikan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mereka dengan memakai pakaian warna hitam selari dengan tindakan kotor yang cuba dilemparkan seperti yang tertera pada kain rentang mereka.
Mereka juga dibayar dengamn upah RM50 hingga ke RM100 untuk memastikan demonstrasi itu ramai. Selepas itu, mereka akan bersurai setelah mendapat wang dan sehelai T-shirt yang ditaja oleh pihak tersebut. Itulah politik kotor pihak UMNO.
Comments