Rangka Manusia Terbakar atau dibakar


HULU LANGAT: Seorang penternak lembu tergamam sejurus menjumpai rangka manusia ketika mencari lembunya yang hilang di dalam hutan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Deputi Superintendan Mohd Rozi Mat Jidin berkata, polis menerima maklumat daripada penternak terbabit kira-kira jam 9 pagi sebelum sepasukan polis dan unit forensik bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut. 

“Hasil ujian sampel asid deoxyribonucleic (DNA) yang dijalankan mendapati tulang itu milik seorang wanita yang berusia antara 25 dan 30 tahun. 

“Tulang yang ditemui mempunyai kesan terbakar berdasarkan kesan pokok berhampiran yang terbakar selain bau minyak tanah yang dapat dihidu pada tulang dan tanah sekitar tempat kejadian.

“Sehingga kini, polis masih belum mengenal pasti sama ada mangsa dibakar atau bertindak membakar dirinya sendiri kerana kekurangan bukti,” katanya.

Comments