Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Rakyat Seperti Ketagih Candu Minta Subsidi

Wednesday, 18 May 2011

Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. - Najib
Hinanya Najib kepada rakyat negara sendiri dengan mengatakan rakyat Malaysia ketagih subsidi seperti ketagih candu. Bukankah tugas kerajaan memberikan segala kemudahan kepada rakyatnya tidak kira fahaman parti boleh dan tidak perlu mendiskriminasikan mereka.

Najib berucap ketika menghadiri ke Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.  Penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.
 Pokok Popi (candu)

Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin. Pentadbiran Najib menggunakan pendekatan salah dengan memotong subsidi rakyat miskin tetapi pada masa yang sama memberikan subdisi dalam jumlah yang besar kepada sektor korporat.
Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menjadikan candu ini eksklusif kepada kroni-kroni BN. Dalam usaha mengurangkan beban ketagihan kepada candu subsidi, alternatif-alternatif yang lebih baik harus diadakan seperti sistem pengangkutan awam.
Pada peringkat sekarang, rakyat Malaysia menggunakan jumlah minyak pada amaun yang banyak, bukan kerana kita membayar harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran tetapi juga kerana kita tiada alternatif lain, terpaksa memiliki kenderaan kerana lemahnya infrastruktur pengangkutan.

Justeru kita mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemotongan subsidi kepada korporat besar seperti Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol daripada hanya membebankan golongan miskin.
Selain itu, salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia pada umumnya ketagih subsidi ialah kerana kadar upah yang tidak bergerak. 34 peratus pekerja Malaysia memperoleh gaji bulanan di bawah garis kemiskinan RM700.
Antara tahun 2000 dan 2010, gaji hanya mengalami kenaikan 2.6 peratus, bermakna sepanjang 10 tahun lalu, kenaikan gaji tidak bergerak dan gaji kita tidak sepadan dengan kenaikan kos.Justeru kita mengesyorkan agar kerajaan membentangkan rang undang-undang majlis gaji minimum ketika sesi Parlimen akan datang dan menetapkan gaji minimum antara RM1,500 dan RM2,000.

Sebagai tambahan, program bantuan tunai seharusnya dilaksanakan untuk melengkapkan peranan majlis itu, menyasarkan kumpulan miskin dan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 setiap bulan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat