KUALA LUMPUR - Peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt mungkin tidak akan dilaksanakan selepas China, Indonesia dan beberapa negara Eropah mengemukakan bantahan, kata pegawai media Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Badan dunia itu sebelum ini mewajibkan pemain wanita memakai skirt atau gaun pendek bagi menggantikan seluar pendek.
Rabu lalu BWF mengumumkan bahawa peraturan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Jun ini, setelah ia ditunda ekoran bantahan daripada pemain dan pegawai.
"Kemungkinan besar ada perubahan dalam peraturan yang dibuat," kata pegawai media BWF, S. Selvam, yang memberitahu bantahan awal diterima daripada China, Indonesia serta India, sebelum Denmark dan Sweden mengambil langkah yang sama.
Mereka yang membantah peraturan tersebut menggesa jawatankuasa BWF supaya membatalkan keputusan itu pada mesyuarat agung mereka yang akan diadakan di China, 28 Mei ini.
Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho menolak dakwaan bahawa pemain wanita dieksploitasi tetapi berkata, sukan tersebut perlu melakukan perubahan dalam acara wanita yang mana skirt yang dipakai oleh pemain tidak perlu terlalu pendek.
"BWF tidak berniat untuk menggunakan wanita sebagai objek seksual. Peraturan itu adalah sebahagian kempen BWF untuk meningkatkan prestij sukan ini.
"Ia bertujuan menarik lebih ramai kumpulan sasaran di kalangan generasi muda dan penonton dewasa termasuk golongan wanita serta lelaki,'' katanya.
AFP
P/s: Aku dah cakap tidak sesuai main badminton pakai skirt tapi ada Mamat yang duduk dalam kementerian ni bangang sikit. Katanya kalau pakai skirt penonton akan ramai. Tapi itu tidak ramai lagi. Aku ada cadangkan pada Mamat tu supaya mencadangkan pemain memakai seluar dalam sahaja. Setuju?
Comments