Lagi Gempa Kuat Landa Jepun


TOKYO: Satu gempa bumi kuat melanda timur laut Jepun semalam, kawasan yang telah pun musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.1 skala Richter itu berlaku pada pukul 12.58 pagi (10.58 waktu Malaysia), 276 kilometer ke timur Sendai, Pulau Honshu.

Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kematian dibuat. Amaran tsunami turut tidak dikeluarkan.

AFP

Comments