Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

KPN Lebih Tahu Isu Video Seks?

Thursday, 5 May 2011


Siapakah yang mempunyai salinan video seks tulin selain Datuk T? Tidak lain tidak bukan sudah tentu pihak polis. Ini kerana pihak polis memerlukan bukti video itu untuk mengesahkan kesahihannya sama ada tulin atau palsu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan beberapa orang kenamaan dan ahli politik telah menerima salinan video seks yang mirip Anwar. Bagaimana ia boleh tersebar? Adakah Datuk T, Polis dan blogger-blogger UMNO mempunyai jalan cerita dan tiba-tiba polis buat terkejut.

Ini skrip lama wahai KPN. Siasatanmu pun tidak telus. Macam mana kes yang dalam siasatan boleh bocor kepada blogger-blogger UMNO. Video dalam siasatan polis tetapi telah dimuat naik oleh blogger-blogger UMNO ke dalam Youtube dan TV3 sebagai tempat mempromosikan iklan seks.

Mana peranan pihak polis? Bukankah sebelum ini umum mengetahui bahawa video yang tulin itu hanya ada pada Datuk T dan pihak polis sahaja tetapi sekarang ini blogger-blogger UMNO mempunyai salinan tersebut. Bagaimana ini boleh terlepas kepada blogger-blogger UMNO?

Mengapa pihak polis terlalu takut untuk menahan blogger-blogger UMNO tentang video seks tersebut? Jika ini berlaku kepada blogger-blogger Pakatan Rakyat, ke dalam lubang jamban pun mereka sanggup masuk walhal itu najis ada dalam lubang tersebut.

Pihak polis tidak perlu bersandiwara untuk menjadi pelakon tambahan dalam penerbitan video seks itu. Hari ini rakyat telah "ditidurkan" dengan kenaikkan minyak petrol RON 97 sebanyak 20 sen kepada RM2.90. Semua ini telah ditutup dengan agenda video seks.

1 comments:

antahberantah said...

Pepatah Cina mengatakan busuknya ikan bermula di kepala, PDRM bermula di mana pula?

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat