Kerajaan Mahu Belia Terlibat Politik, AUKU Tu Menatang Apa?


Kerajaan hari ini telah mengadakan Hari Belia kepada mereka yang berumur dari 15 tahun hingga 40 tahun dan memerlukan Belia Parlimen yang berumur bawah 25 tahun selaras meniru seperti yang dilakukan di negara-negara maju.

Kerajaan mahukan belia terlibat politik pada umur yang muda dan di bawah umur 25 tahun tetapi ke mana perginya akal dan otak mereka. Sedar atau tidak bahawa semua belia yang berumur di bawah 25 tahun masih menuntut di kampus.

Apa peraturan yang ada di kampus? Lupakah kerajaan bahawa di kampus, kamulah yang menyediakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang pelajar untuk berpolitik dan jika berpolitik maka pelajar tersebut akan dikenakan tindakan AUKU.

Cuba kita fikir kalau kerajaan kata mahukan belia yang berumur bawah 25 tahun dan perlu terlibat politik dan pada masa sama julat umur tersebut telah disekat oleh AUKU seperti di bawah ini. Adakah kerajaan mahu belia lepasan SPM atau yang lepasan PMR untuk menduduki Parlimen?

Golongan ini tidak dikenakan Akta Sekolah dan tidak menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi kecuali mereka yang menyambung pengajian di universiti yang akan dikenakan AUKU. Betapa bodohnya hujah kerajaan.

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain:

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Jika kerajaan mahukan belia yang berkualiti terlibat dalam politik, kerajaan harus menghapuskan akta ini supaya pelajar di kampus tidak dungu seperti lembu dicucuk hidung. Hanya jadi 'Pak Turut' dan tidak tahu apa itu politik.

Di  bawah ialah petikan dari Najib yang menyeru belia menjadi pemacu untuk negara. Tetapi peluang pekerjaan untuk mereka tidak ada. Apa gunanya universiti mewujudkan pelbagai kursus tetapi kursus yang ditawarkan tidak mempunyai pekerjaan.
Golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM), bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020, memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia. - Najib

Comments