Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Hati-hati Dengan Pekerja TNB

Thursday, 26 May 2011


SUNGAI PETANI: “Saya begitu terkejut apabila tiba-tiba kakitangan ‘TNB’ (Tenaga Nasional Berhad) itu bertindak memegang dan mencekik leher lalu merentap rantai emas sebelum melepaskan dua tumbukan kuat pada mata kanan serta muka menyebabkan saya rebah”.

Begitu kata Zaela Yaakob, 52, Ketua Jururawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, apabila mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai lehernya disamun seorang lelaki dalam kejadian di Taman Semarak, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa mendakwa dikunjungi seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB tertera nama ‘Yaacob’ berpura-pura mahu melihat dan membuat pemeriksaan pada meter serta bil elektrik rumahnya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an terbabit bertindak mencekik dan terus meragut rantai emas pada leher wanita terbabit sebelum menumbuk muka dan mata kanannya serta menolaknya hingga jatuh sebelum melarikan diri bersama rakannya menggunakan motosikal Yamaha 135LC.

Zaela berkata, ketika kejadian dia menunggu suaminya untuk dihantar ke tempat kerja di HSAH sebelum muncul seorang lelaki memakai pakaian seragam TNB yang berdiri di depan pintu rumah selepas membuka pintu pagar tanpa kebenaran.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat