Eskay Takut Punca Pegang Al-Quran Terbalik



Punca pegang ayat suci Al-Quran terbalik disebabkan terlalu takut dengan suasana yang berlaku diperkarangan masjid. Eskay berpaling sana-sini seperti dalam video di atas kerana bimbang akan ditembak oleh mereka yang tidak dikenali.

Video yang dirakam oleh UMNO Online itu juga menunjukkan ada konspirasi dengan pihak polis. Mereka dikawal ketat bukan sahaja oleh pihak polis tapi turut dibantu oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal kejadian yang tidak diingini diperkarangan masjid tersebut.

Trio Datuk T itu juga telah mengenakan jaket kalis peluru di dalam pakaian mereka. Mereka bimbang akan dibunuh kerana sumpah laknat itu. Jika diperhatikan dari jarak dekat, pakaian mereka itu kembang kerana dilapisi oleh jaket kalis peluru yang dibekalkan oleh pihak keselamatan.

Daripada tiga orang tersebut, hanya Eskay sahaja wakil untuk angkat sumpah. Hanya orang munafik sahaja yang berani melakukan kerja-kerja yang sudah terbukti bahawa dalam video itu bukan Anwar. Eskay juga dikatakan mengamalkan ajaran Hindu dan bagaimana beliau boleh memegang ayat Al-Quran.

Eskay hanya indah pada nama sahaja dan sebab itu beliau tidak tahu memegang ayat Al-Quran dengan betul serta melafazkan kalimah syahadah tidak betul seperti masih dalam keadaan pelat. Kenapa tidak diberikan sahaja kepada Thamby dan Shuib?

Semua yang ada di masjid itu telah melakonkan watak terbauik dan sudah dirancang dengan teliti agr majlis itu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit gangguan daripada orang yang datang untuk solat Asar di masjid tersebut.

Kesucian masjidtelah dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan gejala sumpah inii sudah menjadi trend oleh puak-puak munafik ini kerana orang munafik tidak takut untuk melakukan apa sahaja demi memastikan agenda mereka tercapai.

Comments