Bioadata Eskay Menunjukkan Dia Bukan Islam


Shazryl Eskay Abdullah adalah nama beliau setelah memeluk Islam. Tetapi siapakah beliau sebelum memeluk Islam? Nama sebenarnya ialah SK Sentil Kumar dan sebab itu ia lebih popular dengan panggilan nama SK (Eskay) berbanding Shazryl.

Siapakah ibu dan bapanya? Bapanya pula adalah keturunan India manakala ibunya adalah dari keturunan Siam. Eskay memeluk Islam dan sebelum ini bekerja di negara Thai.

Adakah di dalam rumahnya sekarang ini mempunyai patung sebagai tempat pemujaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat Hindu dan untuk apakah beliau melaksanakan sumpah laknat? Betapa beraninya beliau melakukan sumpah laknat dan mengotorkan kesucian agama Islam.

Beliau juga dikatakan memeluk Islam utnuk status bumiputera semata-mata untuk mendapat projek dari pihak UMNO dan terbukti dengan adanya status bumiputera. Antara projek yang dapat kepadanya adalah berkaitan jambatan bengkok yang telah ditolak oleh mahkamah bernilai RM20juta.

Semakin hari semakin nampak kesan bahawa beliau telah dilaknat dengan sumpah sendiri. Paling beliau takut adalah berkaitan Qazaf dan sebab itu cepat-cepat dia melaknat sumpahnya.

Comments