Bazir RM200 juta Duit Rakyat Untuk 6 Projek

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Enam projek Kerajaan Persekutuan melibatkan kos RM200 juta di negeri ini dikenalpasti mengalami kelewatan. 

Projek itu ialah Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) yang bernilai RM73 juta; bangunan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) Cawangan Melaka (RM43 juta) dan Mahkamah Syariah Melaka (RM24 juta). 

Tiga lagi projek termasuk Klinik Kesihatan Tanjung Kling (RM22 juta), Kompleks Tempat Letak Kereta Bertingkat Hospital Melaka (RM20 juta) dan bangunan Pejabat Audit Negeri Melaka (RM17 juta).

Sehingga semalam didapati bangunan LHDN itu hanya 76 peratus; Mahkamah Syariah Melaka (98 peratus), Klinik Kesihatan Tanjung Kling (83 peratus); Kompleks Tempat Letak Kereta Bertingkat Hospital Melaka (83 peratus) dan bangunan Pejabat Audit Negeri Melaka (83 peratus). 

Comments