Ali Rustam, Ini Negeri Kelantan Yang Mundur Itu


KOTA BHARU - Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan gaya hidup sihat dan hiburan melalui kewujudan “QueensPark SportzCity & Boulevard” bernilai RM35 juta yang pertama seumpamanya diwujudkan di Kelantan.

Pengarah Urusan Kristana Holdings Sdn. Bhd. Chai C.Y. berkata, pusat yang berkonsepkan rekreasi dan sukan untuk hiburan dan gaya hidup sihat itu yang juga yang pertama dan terbesar di Pantai Timur, turut meliputi kemudahan kelas dunia.

Ia meliputi pusat boling terbesar 36 lorong, snuker terbesar mampu memuatkan sehingga 40 meja, pusat renang dan futsal terbesar dengan keluasan standard FIFA.

"Dengan kedudukan strategik pusat ini seluas 1.66 hektar di Tanjung Chat, di sini dan sangat mudah untuk diakses dari segala arah, QueensPark SportzCity & Boulevard ialah lokasi utama untuk membawa kejayaan untuk setiap pemegang saham syarikat.

"Ia bakal menjadi pusat sukan terbaik dan paling popular untuk tujuan hiburan di Kota Bharu, dengan kawasan yang berdekatan dengan sebuah bandar ditubuhkan dengan kepadatan penduduk yang baik, kegiatan komersial dan berdekatan dengan Kompleks Taman Budaya Kelantan serta Taman Rekreasi Tengku Anis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

P/s: Aku mahu Ali Rustam tahu mengenai maklumat ini. Dia akhir-akhir ini bodoh sikit pengetahuan tentang negeri Kelantan. Dia pernah mengaku bahawa Kelantan lebih mundr dari negerinya Melaka. Dua minggu lepas kemajuan negerinya telah mengisytiharkan Lapangan Terbangnya tidak ada orang naik dan menyalahkan pihak pelancongan. Sekarang siapa yang mundur?

Comments