UMNO, Utusan, Perkasa Tersepit dan Terhimpit


Inilah sikap UMNO yang tidak boleh menerima kekalahan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April yang lalu. DAP baru menang 12 kerusi daripada 15 kerusi tetapi resah dan gelisahnya seperti cacing kene simbah dengan asid. Kenapa UMNO gelisah walhal mereka tidak wujud pun di Sarawak.

Tiba-tiba komponen BN yang baru iaitu UTUSAN/BN menyuarakan kenyataan untuk 1Melayu, 1Bumi. Sepatutnya akhbar itu yang membuat liputan dan mencari kenyataan pemimpin mereka tetapi hari ini mereka berani mencabar Najib sebagai PM supaya memansuhkan slogan 1Malaysia kepada 1Melayu.

utusan malaysia and umno

Belum sempat pagi esok, komponen tambahan BN yang lain pula bersuara untuk membela UMNO dan Utusan. Komponen ini diterajui oleh Katak Pasir Mas. Mereka menentang sekeras-kerasnya dan membela habis-habisan UMNO dan Utusan supaya Melayu dalam UMNO dan Utusan tidak pupus.


Bukankah sebelum ini BN ada sebut dalam slogannya bahawa 1Malaysia adalah merupakan masyarakat majmuk tetapi hari ini semuanya sudah tinggal hancing selepas kena kencing. Semasa di Sarawak BN siap tunjuk lagi dengan billboard mereka mengenai1Malaysia seperti di atas.

Belum apa-apa UMNO, Perkasa dan Utusan sudah melenting. Kenapa dua unsur tidak berkaitan politik ini jadi anjing tunggang. Mereka ini lebih kepada perkauman. Utusan yang tidak semena-menanya cuba jadi jaguh  dalam membela bangsa. 

Apa yang berlaku sebenarnya? Macam negara dalam keadaan darurat melihat gelagat Perkasa dan Utusan. Takkan kerana kaum Cina tidak sokong BN, UMNO dengan Perkasa mahu melenting dan mengungkit? Ini negara demokrasi. UMNO, Perkasa dan Utusan tidak boleh tentukan undi mereka. Undi hak masing-masing.

Kenapa takut sangat? Lagi pun Sarawak, BN menang majoriti lebih 2/3 jadi apa yang dirisaukan oleh UMNO, Utusan dan Perkasa? Cemburu sebab orang Cina tidak undi BN. Profesional sikit dalam adat perlawanan. Itukan pilihan rakyat dan bukannya pilihan BN.

P/s: Cemburu sebab masyarakat Cina bersatu. Habis tu kenapa UMNO dengan Perkasa tidak mahu bersatu? Cuba tanya diri.JAngan salahkan orang lain. Jangan salahkan kandang kambing kalau yang masuk kandang itu anak ayam. Kembalilah kepada agama.

Comments