Shuib (Datuk T) Mengamuk Pimpinan PR Tidak Mahu Tengok Video


“Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami.

“Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah.

“Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah,” katanya.

Tambah Shuib, pihaknya juga mempersoalkan tindakan individu tertentu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak menafikan kebenaran rakaman video seks itu tanpa menontonnya.

“Belum tengok sudah kata fitnah, saya juga cabar konco-konco mereka sumpah laknat juga... tengok dulu baru kata ini belum tengok sudah kata fitnah dan demi keadilan kena tengok dulu baru boleh cakap,” katanya. Sumber asal

P/s: Kasihan Shuib sampai terdesak mengajak orang menonton video sama. Mesti dia dah tengok video tu sampai syaitan dah ajak dia untuk mendesak TGNA, TGHH dan DSAI tengok.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah). Sumber asal

P/s: Boleh ke kata tidak terlibat? Dia kata tidak dedah kepada orang ramai tetapi dedah pada wartawan. Habis tu wartawan yang datang x kan sekor kot? Lepas tu guna istilah orang ramai. Wartawan tu kambing ke manusia?

Comments