Apabila Rakyat Jadikan UMNO/BN Syaitan..

NONE

Terlalu bangangkah pihak kerajaan tidk mahu mendengar luahan rakyat berkaitan dengan projek Lynas? Adakah manusia ini telah disumpah menjadi syaitan? Keluhan rakyat tidak dihiraukan dan menjadikan rakyat sebagai korban radioaktif.

'Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia' ditubuhkan hanya beberapa minggu lepas - dalam bulan Mac - di tengah-tengah rasa takut menular terhadap keracunan radiasi dari operasi loji tersebut, yang didakwa penentangnya, bakal menjadi kenyataan.

Pada laman Facebooknya, Lynas menegaskan yang bahan mentah yang akan diproses di Lamp - yang dibawa dari kawasan perlombongan Mount Weld di Australia Barat - 'mempunyai paras rendah semula jadi torium yang 50 kali lebih rendah daripada amang timah yang diguna oleh Asia Rare Earth'.

Pekerja pelabuhan Kuantan, Mr.M (bukan nama sebenar), 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3km dari tapak Lamp, berkata syarikat tersebut membawa bahan mentahnya dari Australia hanya untuk diproses di situ.

“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut... Ada yang tak kena...," tambahnya.

Mr.M, bapa kepada enam orang anak, mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5km dari loji Lynas.

“Bila anda sebut 'radioaktif', penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.

Mr.M berkata dia telah menghadiri satu ceramah di mana penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan penduduk yang masih lagi mengalami keracunan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.

Mr. K, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana dekat situ, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan dekat tempat tinggalnya telah menjunam.

P/s: Jangan jadikan rakyat korban untuk kepentingan semata-mata. Mana mampusnya slogan Rakyat Didahulukan?

Comments