Beri zakat Julai 2010
Tarik semula pemberian zakat 2011
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka telah melesapkan wang zakat untuk kepentingan pilihan raya kecil di DUN Merlimau dengan menarik semula pemberian zakat terhadap seorang asnaf yang menghidapi penyakit buah pinggang.
Mengikut tarikh surat yang bertarikh 23 Julai 2010, pemberian sumbangan itu berjumlah RM360 adalah untuk Skim Bantuan Rawatan Hemodialisis kepada mereka yang memohon untuk skim bantuan tersebut. Pihak majlis akan mengadakan perjumpaan setiap 25 hb setiap bulan untuk menyampaikan bantuan tersebut.
Selepas enam bulan, surat penarikan balik sumbangan itu telah dikeluarkan pada 22 Disember 2010 yang mendakwa pemohon tidak melepasi kriteria yang dikehendaki dan dengan itu sumbangan telah dihentikan pada Januari 2011.
Ke manakah perginya duit zakat yang dikelolakan oleh MAIM itu? Siapakah dalang utama dalam menghabiskan duit asnaf dabn fakir miskin ini? Adakah orang miskin yang berhak dapat ataupun tangan-tangan syaitan yang memperolehinya?
Songlap klik sini
Comments