Rakyat di setiap kawasan yang kematian ahlli parlimen dan adun akan menikmati pembangunan lebih cepat berbanding pembangunan yang diperintah oleh kerajaan UMNO/BN itu sendiri. Ini kerana kerajaan akan menyalahgunakan segala jenteranya seperti syarikat air, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya.
Sebagai contoh yang terdekat untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau ini. Bnyak jenis jentera yang pelik berwarna merah untuk tujuan membaiki jalan. Sebelum ini rakyat pernah mengadu bahawa kerosakkan jalan perlu diperbaiki tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.
Namun selepas wakil rakyat meninggal barulah kerja-kerja menyegeran seperti maggi goreng ini rancak dijalankan. Ini membuktikan bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidaklah penting semasa hayat mereka masih hidup. Tetapi selepas meninggal, projek datang mencurah-curah seperti mendapat durian runtuh.
Bukan di DUN Merlimau sahaja projek dicurahkan. Namun sebelum pilihan raya sebelum ini seperti di DUN N.45 Galas (Kelantan), N.05 Tenang (Johor), N.27 Merlimau (Melaka) dan terkini di DUN Kerdau akan menerima habuan selepas kematian wakil rakyat.
Comments