Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Budak UMNO Buat Kecoh Tempat Ceramah Anwar

Wednesday, 16 February 2011


Gambar di atas menunjukkan segerombolan budak-budak UMNO/BN yang berbaju hitam membuat kecoh di tempat ceramah Anwar Ibrahim di Permatang Serai. Keadaan itu kecoh seketika apabila ada budak UMNO/BN di belasah gara-gara membuat bising dengan deruman enjin motor.

Tindakan samseng yang cuba dilakukan oleh budak-budak UMNO/BN dapat dikawal dengan bantuan Polis dan Unit Amal. Tindakan pantas itu dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Punca utama adalah disebabkan ceramah Ali Rustam kurang mendapat sambutan berbanding dengan ceramah Anwar Ibrahim.

Ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat mendapat sambutan kira-kira 2500 orang yang datang tidak termasuk dengan polis dan budak-budak UMNO/BN yang datang membuat kecoh. Ceramah UMNO/BN yang diterajui oleh Ali Rustam adalah kira-kira sekitar 60 orang sahaja termasuk anggota polis yang mengawal lalu lintas.


Anak-anak muda seperti dalam gambar di atas ketika Ali Rustam berucap tidak memberikan perhatian. Mereka sekadar dijamu untuk mengenyangkan perut dan tidak ambil peduli dengan masalah yang berlaku dalam negara amnya dan Melaka khasnya.

Kita bolehlah menganggapkan bahawa ceramah UMNO/BN ini sekadar memenuhkan ruang khemah sahaja kerana pengunjung dijamu dengan makanan agar tempat ceramah itu nampak lebih ramai. Selepas makan, anak-anak muda terus beredar ke tempat ceramah Anwar untuk membuat provokasi. Mereka juga disuruh melakukan provokasi di tempat Pakatan Rakyat menyampaikan ceramah.

1 comments:

Loq said...

Tabur duit bagi mat rempit suruh buat havoc memang budaya UMNO. Busuk.Tahu la jeles ceramah dia 60 org je datang. Kan dah kena belasah.KAH KAH KAH KAH.

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat