Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Budak Bermain Dengan Jerung

Friday, 11 February 2011


GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.


Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.
Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.
Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.
"Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung," katanya.
Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik. 
Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat