Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bakar Rumah Selepas Geram

Monday, 28 February 2011

KEADAAN rumah yang dipercayai sengaja dibakar seorang lelaki yang bergaduh dengan isterinya di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.


Seorang lelaki yang naik angin selepas bertengkar dengan isterinya dipercayai bertindak membakar rumah sendiri sehingga menyebabkan sebuah stor dan bengkel motosikal turut hangus dalam kejadian di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.
Difahamkan, semasa kebakaran pada pukul 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 39 tahun manakala isterinya yang berusia 35 tahun baru bertengkar.
Punca pertengkaran itu disebabkan pelbagai masalah rumah tangga pasangan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas melakukan tindakan di luar dugaan tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu menghilangkan diri dan sehingga petang semalam polis masih mencarinya.
Menurut beliau, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada si isteri dan semasa kejadian wanita tersebut dan tiga anaknya berada di rumah jirannya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat