Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Wartawan Juak UMNO Kutuk Melayu

Monday, 3 January 2011

Siapakah wartawan TV swasta yang menghina melayu sehingga hero-hero melayu bangkit untuk menjadi hero bangsa? Bila disentuh mengenai bangsa melayu, ada saja melayu yang melenting terutama melayu UMNO. Namun sebelum ini UMNO sendiri memainkan isu perkauman tidak diambil tindakan. Apa kes? Jangan disalahkan kepada sebelah pihak sahaja.

Cuba kita ambil dari contoh bangsa Arab. Adakah bangsa Arab itu Islam? Tidak semua bangsa Arab itu menganut agama Islam walau mereka faham maksud bahasa Arab sekali pun. Kes ini pun sama bahawa Islam adalah untuk semua bangsa dan tiada istilah melayu semestinya Islam dan Islam untuk melayu. Hanya puak-puak UMNO sahaj mengatakan "Melayu Islam, Ilam Melayu".

Cuba kita tengok keratan akhbar di atas. Adakah orang melayu di atas beragama Islam? Adakah arak itu sendiri dihalalkan dalam Islam? Itu orang melayu yang minum arak dan bagaimana pula orang melayu yang dikatakan memakai tudung itu Islam sedangkan meminum arak? Apakah jawapan yang akan dirumus oleh orang melayu dalam mempertahankan hujah "Melayu Islam, Islam Melayu"?

Mungkin gambar di atas menunjukkan perempuan melayu bertudung itu sedang minum arak atau sedang minum air "zappel". Itu kita tidak tahu. Cuma di sini ingin mengatakan Islam bukan milik melayu dan kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar kerana Islam adalah panduan hidup kepada kita semua tidak kira melayu, cina, india, arab dan sebagainya selagi ia berpegang kepada agama.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat