Video: Melaka Maju, Melayu Tikam Nombor Apa Cerita?

Video orang Melayu Muda

Video di atas diambil pada Ahad jam 2.15 petang 16 Januari 2011 berdekatan dengan pusat bandar Melaka Maju 2010. Negeri Melaka adalah negeri kuat UMNO yang kononnya membela bangsa Melayu khasnya namun video di atas membuktikan segala-galanya kegagalan UMNO untuk membela Melayu yang semakin miskin sehinggakan menjadikan pusat nombor ekor sebagai tempat taruhan untuk mendapatkan wang.

Video orang Melayu Tua/Uzur

Video ini menunjukkan tempat dan lokasi kejadian yang sama. Cuma perbezaan hanya 15 minit dari klip video yang pertama. Tengoklah keadaan orang tua melayu ini yang sudah uzur sanggup untuk membeli nombor ekor akibat dihimpit kemiskinan akibat kerakusan kerajaan UMNO Melaka. Mana peginya pendirian UMNO membela bangsa?

Orang tersebut bukan namanya Choong Ah Kaw atau Kamalanathan tetapi yang ditengahnya ada perkataan "BIN" ditengah-tengah nama yang membezakan dari kedua-dua nama tersebut. UMNO kena sedar bahawa "Melayu Bukan Islam dan Islam Tidak Semestinya Melayu".

Jika UMNO mengatakan Melayu Itu Islam, maka bolehlah disimpulkan UMNO itu gila meroyan. UMNO kena sedar bahawa dasar perjuangan mereka adalah berdasarkan sekular ataupun kebangsaan. Islam mengharamkan judi, bertenung nasib dan minum arak. Jadi, apabila hukum Islam tidak mahu diikuti maka beginilah jadinya.

Comments