Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

H1N1 Serang Pelatih PLKN

Saturday, 15 January 2011

Seramai 11 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sentosa, Tapah, Perak masih dikuarantin kerana dikesan mempunyai simptom penyakit seakan-akan influenza A (H1N1).
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka adalah antara 47 pelatih yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda menghidap virus itu.
"Tiga puluh lima pelatih telah pulih selepas dikuarantin serta mendapat vaksin H1N1 dan dibenarkan mengikuti aktiviti di kem itu seperti biasa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan seorang pelatih wanita PLKN berusia 18 tahun di kem itu dijangkiti H1N1 pada Ahad lalu manakala 47 orang pelatih pula dikesan mempunyai simptom virus itu.
Abdul Hadi berkata, kem tersebut tidak akan ditutup dan pelatih-pelatih akan meneruskan program itu seperti biasa selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan.
Beliau turut menafikan keadaan kebersihan dan persekitaran kem sebagai punca penularan virus itu.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat