Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Blogger UMNO Dapat Elaun RM5000 Sebulan

Friday, 21 January 2011

Disaat blogger-blogger UMNO/BN menuduh blogger-blogger Pakatan Rakyat menerima wang tunai RM500, sebuah komputer riba, telefon bimbit Blackberry dan broadband percuma ketika Majlis Ramah Mesra Bloggers pada 15 Januari lalu sebaliknya ia terjadi kepada mereka.

Setiap blogger UMNO/ BN telah dibayar RM3000-RM5000 sebulan dengan diberikan sebuah kamera berjenama dan sebuah telefon Nokia jenis C7 keluaran terkini untuk menfitnah calon pihak lawan terutamanya yang terlibat dalam pilihan raya kecil.

Mereka juga diberikan tajuk khas untuk dipaparkan dalam blog-blog mereka sebagai contoh isu berkaitan judi, zina, khalwat dan gejala sosial. Mereka juga telah melatih pelakon-pelakon untuk membuat rakaman aksi panas untuk menjatuhkan seseorang calon itu. Setiap pelakon itu dibayar untuk aksi panas dengan rakaman tersebut turut dikaburkan untuk membuat rakaman itu seakan-akan benar berlaku.

Selepas aksi yang mereka lakonkan itu siap dalam proses rakaman, maka mereka akan menyebar video klip tersebut kepada seluruh blogger-blogger mereka yang seakan-akan calon lawan yang melakukannya. Aksi tersebut dilakukan disebuah rumah dan juga hotel yang terpilih supaya setiap adegan tersebut bebas dari jabatan agama Islam.

Pemantauan Jabatan Agama Islam juga terhad seperti hotel disebuah pusat peranginan di Pahang yang terkenal dengan kasinonya. Pemnatauan yang tidak diambil berat inilah yang menyebabkan pelakon-pelakon tai berani untuk melakukan adegan tersebut.

Ada sumber lain mengatakan, blogger-blogger UMNO ini juga dibayar untuk 'skodeng' mereka yang menginap dihotel untuk mendapatkan aksi panas yang paling menarik. Musim blogger UMNO/BN buat cerita dikala pilihan raya kecil ini adalah berkisarkan seks, khalwat dan zina.

Sebagai pembaca, kita harus memilih dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan mereka yang cuba menyerang peribadi seseorang dengan video yang telah diubah suai pelakonnya. Ini taktik jahat orang munafik dan ketidaktamadunan blogger UMNO/BN tersebut.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat