Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Diraba Kerana Pelapik Seluar Dalam

Sunday, 28 November 2010

SEORANG wanita menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di AS.


Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.
“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu. 
Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat