Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Sihir Pun Ada Akta

Tuesday, 12 October 2010

Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.
Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.
Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.
"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang.
"Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kolej Antarabangsa IKIP di sini semalam.
Seminar anjuran bersama oleh Kolej Antarabangsa IKIP, Yayasan Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md. Yunus.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat