Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Adik KM Sarawak Dapat Pinjaman Bank RM880 Juta

Tuesday, 19 October 2010

raziah

Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai. 

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.  

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia  dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak  RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat