Hari Ini Sekolah Mengandung, Esok Lusa Sekolah Pelacur

Hari kita dengar kenyataan Ali Rustam yang mahukan sekolah mengandung. Esok lusa kita dengar sekolah pelacur akan ditubuhkan di Melaka dan Universiti Maksiat juga mungkin dalam cadangan beliau. Sudah bercelaru pemimpin UMNO yang juga ADUN Bukit Baru ini.

Bukan sahaja orang Melaka tidak setuju malah dari kementerian pun tidak bersetuju dengan cadangan Ali Rustam yang bolehlahlah dikatakan tidak masuk akal dan seolah-olahnya Ali Rustam membenarkan gejala zina ini diteruskan oleh golongan remaja.

Bukan masalah perlu menubuhkan sekolah sebaliknya perlu menangani masalah remaja dengan pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam negeri Melaka itu sendiri.. Bukan masalah miang tetapi tindakan kerajaan yang tidak bertegas dalam menangani isu ini menyebabkan ia semakin parah.

Akibat terlalu mengejar pembangunan dan kemajuan maka pembangunan dalm jiwa dan roh sudah kosong. Itulah punca utama berlaku gejala sosial. Gejala buang anak, pelacuran dan rempit kian menjadi-jadi di negeri kepimpinan UMNO/BN yang diterajui oleh Ali Rustam.

Lupa mendidik jiwa rakyat akan keburukkan gejala sosial, dicadang pula penubuhan sekolah mengandung. Tindakan ini seperti menghalalkan zina dan merestui tindak-tanduk untuk terjerumus kelembah maksiat. Siapa yang miang? Remaja atau Ali Rustam yang miang?

Mari kita baca petikan Ali Rustam mengenai miang yang menjadi agenda penubuhan sekolah mengandung. Petikan dari akhbar tempatan

Kerajaan Negeri akan membantu pelajar yang ‘miang’ mahu berkahwin bagi membendung maksiat dan zina berleluasa di negeri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, berkahwin muda bukanlah sesuatu yang pelik dan mengarut tetapi jalan penyelesaian masalah sosial yang ditimbulkan pelajar serta remaja.


“Daripada masalah buang bayi akibat hubungan tidak sah menjadi semakin banyak di negeri ini, baik kita benarkan mereka bernikah yang sudah tentu akan melahirkan anak hasil hubungan halal.


“Bagi remaja yang masih bersekolah tetapi mahu berkahwin dan tidak mendapat kebenaran ibu bapa, mereka boleh mengadu kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak JAIM akan bertemu, memujuk ibu bapa serta berbincang supaya membenarkan anak mereka berkahwin,” katanya.


Mohd Ali berkata, kebanyakan remaja kini melahirkan anak luar nikah kerana tidak dapat mengawal nafsu.


“Biasalah remaja tengah miang, nak kahwin ibu bapa tak benarkan dan disebabkan tidak dapat kawal nafsu, akhirnya mereka melakukan hubungan luar nikah menyebabkan lahirnya anak hasil hubungan tidak sah.


“Tetapi jika mereka berkahwin dalam usia muda, mereka boleh lakukan hubungan yang halal dan jika perempuan itu mengandung pihak sekolah tidak membenarkannya ke sekolah dan mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang Kerajaan Negeri mahu tubuhkan," katanya.


Mengulas idea penubuhan Sekolah Murid Mengandung yang mendapat reaksi negatif Kementerian Pelajaran, Mohd Ali berkata, sekolah itu tetap diteruskan, sama ada mendapat sokongan atau tidak.


“Kerajaan negeri akan terus membina sekolah untuk pelajar perempuan mengandung secara sah tetapi tidak diterima belajar di sekolah biasa.


“Apa pilihan yang ada? Inilah caranya bagi mengelakkan maksiat dan zina berlaku di kalangan pelajar di negeri ini," katanya.

Comments