Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Dokumen AS Adalah Jenayah Perang

Tuesday, 27 July 2010

Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah WikiLeaks menyiarkan kira-kira 91,000 maklumat sulit tentera AS di Internet sejak enam tahun lalu mengenai perang Afghanistan.

Antara maklumat yang bocor termasuk sejumlah insiden pembunuhan orang awam Afghanistan yang tidak dilaporkan selain operasi rahsia terhadap ketua-ketua Taliban. Pembocoran dokumen sulit tentera itu dikecam AS, Britain dan Pakistan.

Assange memberitahu kumpulan wartawan di London bahawa sama ada jenayah perang telah berlaku bergantung kepada mahkamah antarabangsa. 

Menurutnya, apa yang pasti, terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen-dokumen itu. Beliau membandingkan impak pendedahan dokumen perang itu dengan pendedahan arkib polis rahsia Jerman Timur.
"Pendedahan ini menyamai pendedahan arkib Stasi (polis rahsia Jerman Timur)," katanya.

Dokumen-dokumen sulit tentera AS itu meliputi apa yang telah diketahui umum mengenai peperangan selama sembilan tahun di Afghanistan antaranya melibatkan operasi khas AS untuk menghapuskan kumpulan militan tanpa perbicaraan, orang awam Afghanistan dibunuh tanpa sengaja dan pegawai-pegawai AS marah berhubung kerjasama perisikan antara Pakistan dengan kumpulan militan yang mahu menghapuskan rakyat AS. 

WikiLeaks menyiarkan dokumen-dokumen sulit itu di Internet kelmarin tanpa menyebut bagaimana ia diperoleh. Terdahulu, akhbar AS, New York Times, akhbar Guardian di Britain dan akhbar Jerman, Der Spiegel memperoleh akses awal terhadap dokumen-dokumen sulit tersebut. 

Sumber: AP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat