Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Lagi Mayat Bayi Terapung di Sungai Klang

Thursday, 6 May 2010

Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam Sungai Klang berhampiran Kampung Sungai Lancung, Subang, dekat sini hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang pemancing warga Indonesia kira-kira 12 tengah hari tadi dengan terdapat kesan lebam di kepala dan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pemancing itu Omar Hussein, 32, menemui mayat bayi tersebut yang dalam keadaan bogel ketika sedang memancing berdekatan sungai itu.

"Apabila menyedari benda terapung dalam sungai itu adalah bayi, lelaki itu bertindak mengangkat dan meletakkan bayi terbabit di tepi sungai sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan lebam di kepala bayi itu dipercayai berpunca akibat dibawa arus deras.

Zainal Rashid berkata, identiti bayi itu belum dapat dikenal pasti kerana pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk dalam sungai terbabit yang boleh mengaitkannya dengan individu tertentu.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat