Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Manusiakah Engkau atau Syaitan dan Iblis?

Friday, 5 March 2010


A. Karigalan (kiri) bersama isterinya, K. Thilagawathy pilu melihat mayat, Hareswarral di rumah mereka di Petaling Jaya, semalam.

Hari semakin hari jenayah terhadap kanak-kanak diperlakukan seperti binatang. Baru genap seminggu kes kematian Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera, kita dikejutkan dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda - baru berusia setahun enam bulan.

Apakah manusia yang lakukan ini? Binatang, syaitan atau iblis? Paling sesuai bagi manusia jenis ini kita gelarkan syaitan berwajahkan iblis. Apakah dosa kanak-kanak sekecil itu diperlakukan dengan sedemikian rupa? Tiada perasaan perikemanusiaankah engkau wahai manusia yang mempunyai otak dan akal dan beza dengan binatang.

Binatang sekalipun tidak akan membunuh anak-anaknya dengan kejam. Sifat kasih sayang binatang lebih baik dari sifat kemanusiaan seperti kebinatangan. Akal waras sudah jadi kurang siuman. Apakah sebab ketidakwarasan ini berlaku? Gila babi namanya.

Bayangkan dengan usia sekecil itu, kanak-kanak malang tersebut, K. Hareswarral mengalami kecederaan serius yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur, kepalanya terdapat kesan cedera parah akibat dipukul manakala kemaluannya pula dicekak dengan kuat berdasarkan penemuan kesan kuku.

Itulah seksaan yang dihadapi kanak-kanak itu, dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki iaitu suami kepada penjaganya yang bekerja sebagai kelindan lori.

Mangsa dipercayai didera dengan dipijak dan disepak selain dipukul dengan objek tumpul. Malangnya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Suspek kemudian membuat laporan pada pukul 12.35 tengah hari ini mendakwa kanak-kanak itu mati akibat tercekik gula-gula. Namun, selepas meneliti laporan bedah siasat hari ini, polis terpaksa menahan suspek
tengah hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat