Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bertambah Cepat Muflis Johor Kalau Macam Ni!

Wednesday, 10 March 2010

Dulu UMNO kecoh bahawa Kelantan ada hutang balak RM800 juta namun hutang tersebut pada zaman UMNO/BN tetapi menuduh kerajaan negeri yang menyebabkan hutang sebanyak itu. UMNO terlepas pandang dengan negeri yang dikatakan akan muflis menjelang 2012 iaitu Johor.

Namun isu balak terkena ke atas kerajaan UMNO di Johor. Balak telah ditebang dan hampir RM3 juta. Tapi tidak mugkin RM3 juta kot. Kemungkinan ia melebihi dari angka yang dikeluarkan oleh SPRM. Siapa yang silap? UMNO atau BN?

Ribuan batang balak pelbagai jenis dan saiz dianggarkan bernilai jutaan ringgit disita dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sebuah kawasan pembalakan di Felda Nitar Timur, berdekatan Hutan Simpan Mersing, di sini Ahad lalu.

Serbuan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Johor, kira-kira jam 9.30 pagi itu dibuat selepas SPRM Johor menerima maklumat daripada orang ramai mengenai wujudnya kegiatan pembalakan yang dipercayai melebihi kawasan sempadan dibenarkan. 

Bagaimanapun, difahamkan, siasatan awal tidak menolak kemungkinan sebahagian balak itu diperoleh dari luar kawasan lesen pembalakan yang dibenarkan iaitu kawasan bersempadanan dengannya, Hutan Simpan Mersing, berdasarkan beberapa aduan dan bukti yang ditemui.

Tinjauan ke tempat kejadian mendapati kawasan pembalakan dilesenkan membabitkan tanah milik Felda Nitar Timur dengan lesen dikeluarkan kepada Felda Properties Sdn Bhd itu dengan keluasan sebanyak 78.91 hektar.

Kehadiran ribuan batang balak yang sudah dibersih dan dilonggok untuk dibawa keluar daripada balak bersaiz besar sehingga kecil serta sedia untuk diproses itu membuktikan kerakusan kontraktor pembalakan di kawasan terbabit dalam mencuri khazanah negara.


0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat