Arak Terbuka Di Melaka, Gejala Sosial Kian Menjadi

Ini bukan gambar yang direka atau diimpose. Inilah keadaan yang sebenar berlaku di Melaka negeri yang diwar-warkan akan maju pada tahun 2010. Namun mana perginya ketua kerajaan yang konon-kononnya membela agama Islam?
Kalau setakat membawa keris ke hulu ke hilir tidak ada gunanya. Mana peranan pihak berwajib dalam menangani masalah gejala sosial yang berlaku di Melaka? Pesta arak boleh dilakukan secara terbuka. Sudah tidurkah wahai pemimpin yang ada sekarang? Adakah mahu melihat anak-anak muda yang kononnya melayu dan Islam ini leka dengan permainan kotor dunia?

Marilah kita renungkan dengan apa yang berlaku di negeri milik 'Malaysia' yang dikatakan melawat Melaka seperti melawat Malaysia. Sama-sama kita hayati dan muhasabah diri kita sebagai insan atau sebagai haiwan. Hanya kita yang mampu berfikir.

Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia.

Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah
  1. Merempit
  2. Membuang anak
  3. Seks luar nikah
  4. Bergaduh di sekolah
  5. Berdisko
  6. Minum minuman keras
  7. Ponteng sekolah
Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini.

Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil kira banyak faktor dan perlu disertai oleh banyak pihak antaranya

1. Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar-benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia. 

Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan.

2. Sekolah dan guru

Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar mereka seorang pelajar yang  mundur ataupun yang cemerlang. Dari pengalaman pengarang sendiri, pengarang bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Pengarang boleh dianggap pelajar yang ketinggalan. 

Guru-guru tidak terlalu memberi tumpuan dan perhatian terhadap pengarang. Ini mengakibatkan pengarang hilang tumpuan dan hilang keinginan belajar. Namun begitu, berkat daripada keazaman dan doa, akhirnya pengarang berjaya. Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan perhatian.

Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti.

3. Media Massa dan Elektronik

Pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. 

Ini kerana, minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya.

Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini.

4. Pemimpin dan Kerajaan

Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur.

Sepertimana Malaysia, PLKN telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang tinggi serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN yang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung.

Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosial yang teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragama.

Comments

Perak Reform said…
Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.