Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Najib Mahu Bunuh Karier Khairy?

Wednesday, 24 February 2010

Tok Komis (Najib) sudah tidak percaya akan Ahli Parlimen Rembau dengan tidak melantik Ketua Pemuda UMNO dan sebab itulah keputusan tidak memberikan jawatan penting dalam kerajaan merupakan bukti kukuh yang  Tok Komis mahu membunuh karier Khairy serta hilang kepercayaan yang melampau kepada beliau.

Tok Komis bukan sahaja membunuh politik Ketua Pembangkang malah juga mahu membunuh karier Ketua Pemuda UMNO ini. Beginilah kalau duduk dalam UMNO. Sudah tidak kenala mana kawan, saudara dan musuh. Duit punya pasal maka pembunuhan karier itu akan bermaharajalela.

Ini mungkin kesan daripada Perdana Menteri terdahulu yang juga merupakan bapa mertua Khairy. Tindakan Paklah merembat harta serta masuk campur menantunya itulah menyebabkan Tok Komis cuba membunuh karier politik Khairy.

Duduk dalam Pakatan Rakyat pun Najib mahu bunuh politik. Malang betul kepada mereka ang duduk dalam UMNO ini. UMNO bolehlah dikatakan parti kebendaan atau dengan lebih tepat "gila besi". Gila besi merujuk kepada manusia yang hanya nampak material di depan mata dan tdak kisah kalau maruah dia tergadai. Inilah UMNO.

Mungkin UMNO masih trauma semasa pemerintahan Pak Lah dan sebab itulah Tok Komis cuba membunuh politik itu awal-awal demi memastikan budak hingusan ini tidak terus mara ke depan.

Tok Komis juga cuba mencantas karier politik Khairy untuk konco-konco dan kroninya demi menghalalkan segala tindakan serta mengaut duit rakyat demi kepentinan peribadi dan kroni-kroninya.

Pemberian RM2juta kepada Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO adalah bersifat mendesak bagi membolehkan pemuda UMNO menjalankan aktiviti yang sudah dirancang bagi menunjukkan pemuda UMNO aktif bergerak.


0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat