Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Guna RM513,000 Dalam Masa 16 hari?

Thursday, 11 February 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San tampil meminta penjelasan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom berhubung cara wang peruntukan RM513,000 dihabiskan dalam tempoh paling singkat; 16 hari.

"Kita sedia maklum bahawa hampir kesemua Adun BN Selangor telah menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sebelum pilihan raya Mac 2008.

"Tetapi, beliau (Zainal Abidin) hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000. Malah bukan itu sahaja, beliau telah membelanjakan jumlah besar sebanyak RM513,000 dan ini telah melampaui had maksima bajet yang dibenarkan," kata beliau ketika mengulas laporan dalam TV Selangor.

Sebelum ini, tambah Lau, beliau difahamkan bahawa Pengerusi YBK merangkap bekas Adun Batang Kali itu mengguna peruntukan kawasan beliau pada 2008 dalam masa kurang tiga bulan dan jumlah yang dihabiskan ialah RM512,000, iaitu RM12,000 lebih banyak daripada jumlah peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap Dun.

"Mungkin, beliau sedang bertikam lidah dengan kerajaan negeri itu berhubung isu cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Beliau perlu membuat penjelasan segera terhadap hal itu. Ini mungkin antara sebab kenapa kerajaan Selangor tidak yakin dengan kepimpinan beliau di dalam YBK sekali gus mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap yayasan tersebut," kata beliau.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat