Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Felda selepas lebih 54 tahun?

Monday, 15 February 2010

1 Julai 2010, merupakan tarikh ulang tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), namun sehingga kini pelbagai isu rumit yang masih kekal membelenggu peneroka Felda yang sepatutnya mendapat manfaat lebih besar dan lebih baik berbanding yang dinikmati ketika ini.

Pakatan Rakyat, yang cukup prihatin dengan masalah yang membelenggu peneroka dan masyarakat Felda akan membongkar dan menghalatujukan Felda melalui Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda pada 20 Februari ini bertempat di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kg Temin, Jerantut, Pahang yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang melalui Biro Hal Ehwal Felda parti itu di Pahang. 

“Konvensyen ini merupakan program ulung oleh PKR memandangkan bahawa peneroka-peneroka Felda di seluruh Negara dan Generasi Kedua Felda sedang berhadapan dengan masalah-masalah berat yang mesti dicarikan jalan penyelesaian segera dan sebagai suatu penentuan dasar apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, Insya'Allah,” kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda PKR Pahang, Haji Suhaimi Said.

Menurutnya, pendaftaran akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi yang dijangka dirasmikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan dari tiga tokoh terkemuka PR termasuklah Senator negeri Selangor, Dr Syed Husin Ali, dengan tajuknya, “’Dasar Felda yang akan dibawa oleh pemerintahan Pakatan Rakyat, Presiden ANAK, Mazlan Aliman [masalah dan penyelesaiannya mengenai Generasi Kedua] dan seorang peguam, Wan Rohimi bin Wan Daud yang banyak mengendalikan kes 354 Peneroka Felda Kemahang, Kelantan dan membicarakan Tuntutan Peneroka Felda Kemahang sebagai "case study".

Beliau turut memberitahu, pada sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana yang menampilkan pelbagai tokoh tertinggi PR seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng serta Pengerusi PKR dan PAS Pahang, iaitu Datuk Fauzi Abd Rahman dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selain Speaker Perak, V Sivakumar.

Maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh menghubungi Suhaimi Said di talian 019 988 2155 atau Ahmad Nizam, 019 955 4246.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat