Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Wajib beli barangan lain, jika mahu sekilogram gula

Saturday, 16 January 2010

Wajib membeli barangan lain jika mahu mendapatkan sekilogram gula.

Itu antara syarat yang terpaksa dilalui oleh sebilangan pengguna di Sandakan, Sabah seperti yang didedahkan oleh Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (Cash) melalui penyamaran yang dijalankan pihaknya.

Timbalan Pengerusi persatuan itu, Ali Ahmad dipetik sebagai berkata, beliau adalah antara orang ketiga yang menjadi mangsa perbuatan beberapa kedai runcit di pusat bandar itu.

"Seminggu lalu beberapa pengguna datang ke pejabat saya dan membuat aduan mengenai tindak-tanduk beberapa premis kedai runcit yang menjual gula dengan mengenakan syarat (mesti membeli barangan lain di kedai itu) kepada pengguna yang sama," katanya.

Bagi memastikan kesahihan aduan itu, Ali nekad untuk pergi sendiri ke sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lima di daerah itu dan bertanyakan tentang gula kepada salah seorang pembantu kedai itu.

Ali berkata, beliau agak terkejut apabila diberitahu: "Jika mahu membeli sekilogram gula, anda perlu membeli terlebih dahulu barang-barang lain."

"Bagi membuktikan kenyataan ini, saya mendapatkan resit pembelian tersebut dari premis berkenaan dan apabila memperkenalkan diri saya sebagai pemimpin Cash, pemilik kedai itu terkejut," katanya.

Sehubungan itu, Ali mendesak agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Bahagian Sandakan segera memantau kegiatan itu yang boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna.

Terdahulu, KPDNKK mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Kementerian itu, pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat