Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Sekolah Agama Islam Dalam Kabin

Sunday, 17 January 2010


Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan kedudukan sekolah agama rakyat yang serba daif sehingga terpaksa ditempatkan di dalam kabin membuktikan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak peka terhadap pendidikan agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah di Taman Beringin Jinjang Utama, di sini, hari ini.

"Saya pernah hantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique sebelum ini. Dan, dia (Zulhasnan) kata yang dia akan usahakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran agama untuk anak-anak murid di sini.

"Saya akan menulis surat semula kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin agar beliau dapat mengambil perhatian semula ke atas hal ini," kata beliau.

Tian Chua berkata, pendidikan agama Islam tidak sepatutnya dianggap sebagai pendidikan sampingan dan bersifat pinggiran.

"Dalam negara ini, pendidikan agama Islam sepatutnya menjadi pendidikan arus perdana, apatah lagi pendidikan ini bersifat meningkatkan kualiti akhlak rakyat," kata beliau lagi.

Dalam lawatan bersama tenaga pengajar dan ibu bapa ke sekolah agama tersebut, beliau turut menyatakan rasa kesal berhubung prasarana yang sangat daif.

"Saya lihat tandas ini cukup merbahaya," kata Tian Chua, "kalau berpuluh-puluh orang memijak lantai tandas yang dibuat daripada kabin ini, tandas ini akan runtuh tak lama lagi. Ini akan membahayakan mereka."

Seorang wakil ibu bapa di situ ketika bermesyuarat bersama Ahli Parlimen itu, turut supaya dipercepatkan pemindahan sekolah itu ke sebuah tempat yang lain.

"Ada tempat yang lebih selesa di tempat lain. Untuk sementara, pindahkan dulu pelajar-pelajar di sini ke tempat tersebut. Keadaan di sini tidak selamat," kata beliau.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat