Realiti Bubar DUN Perak Februari

Bulan Februari akan ini bergelombang dengan ombak kerana pelbagai peristiwa disusun untuk berlaku pada Februari dengan seawalnya perbicaraan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock, sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kes Nizar. Hal ini dijelaskan melalui artikel yang dipetik dari laman web Perakkite.blogspot.com.
Menurut penulis blog, Umno ternyata berada dalam zon selesa pada waktu ini dan masa menyusun semua kes itu ke bulan Februari amat bijak. Puluhan serangan psikologi yang dilemparkan pada pimpinan komponen Pakatan Rakyat (PR) juga sedikit sebanyak menjejaskan pegangan rakyat. UMNO- Barisan Nasional (BN) kini juga amat yakin akan mendapat kembali sokongan Melayu di Perak.
Penulis blog berkata, Kes MB Perak ini ternyata wajar dikembalikan kepada rakyat  dan kegundahan Najib akan hal ini amat wajar, kerana penghakiman kes Nizar ini memberi implikasi besar pada kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Perdana Menteri (PM). Lantaran itu, Umno merasakan lebih rela memilih untuk berdepan dengan rakyat. Jika tidak, selepas ini sesiapa sahaja boleh mencabar seseorang PM di mahkamah.
"Kini terpulanglah pada siapa yang akan membubarkan DUN, sama ada Zambry atau Nizar. Namun positifnya amat besar pada yang mengambil langkah membubarkannya. Jika kes memihak kepada Nizar, maka hanya Nizar yang boleh membubarkannya dan kesan negatif amat besar pada Umno, kerana Nizar akan menjadi 'caretaker government' selaku MB yang sah," jelas penulis blog.
Bagi penulis blog, Februari adalah waktu puncak yang sesuai bagi Umno untuk mengadakan pilihan raya kerana pada Februari juga telah disusun segala gerak kerja untuk merosakkan jadual kerja dan imej pimpinan Pakatan Rakyat. 

"Bayangkan apakah yang akan dipaparkan media arus perdana saban hari sewaku pilihan raya semasa Anwar Ibrahim di hadapkan ke mahkamah.

"Umno telapun cukup bekalan pelurunya untuk membedil Pakatan Rakyat, seperti kontroversi kalimah Allah, kemelut Zulkifli Noordin (PKR), Khalid Samad, Datuk Hassan Ali , malahan kontroversi di pejabat TGNA dan PBMK ... menanti waktu untuk dimanipulasi dan dilepaskan.

"Bersiap siagalah Pakatan Rakyat dan percayalah ia bukan sengaja untuk kesemuanya berlaku menjelang Tahun Baru China yang kebiasaannya meriah dengan ang pau," tegas penulis blog dalam tulisannya. 

Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan rayuan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai Menteri Besar (MB) Perak yang sah pada 9 Februari iaitu tiga bulan setelah kes didengar dan hampir setahun selepas tragedi tragis rampasan kuasa dan selepas berpeluang memerintah lebih kurang 11 bulan.

Comments