Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

NGO Muslim Perlu Jadi Suara Ketiga

Thursday, 7 January 2010

"Kita perlu gagaskan suatu pelan tindakan agar badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasi dakwah Islamiyyah ini dapat bangun menjadi suara ketiga," kata seorang graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) di sini hari ini.

"Pimpinan NGO Muslim tidak takut kehilangan undi seperti pimpinan parti-parti politik Melayu Islam," kata Muhammad Ridwanto Syaful Anwar ketika dihubungi Era Pakatan.

Kata beliau, pimpinan PAS dan KeADILan mungkin takut kehilangan sokongan rakyat bukan Islam kerana mereka mahu berkuasa kelak.

"Dakwah mereka hanya tertumpu kepada politik. Saya melihat Tun Mahathir lebih bagus dan jelas bersuara. Kefahaman agama Tun Mahathir mungkin tidaklah sehebat Anwar Ibrahim dan ahli-ahli PAS lain yang mantap-mantap kefahaman Islam mereka.

"Tetapi, beliau tidak keliru mengenai isu penggunaan kalimat Allah ini," kata mantan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik tersebut.

Beliau berkata, kebimbangan ahli politik Melayu Muslim terhadap beralihnya sokongan undi bukan Islam berikutan isu-isu berkaitan agama telah menjatuhkan reputasi mereka sendiri.

"Di Malaysia ini semua perhitungan pimpinan politik Melayu Muslim adalah undi, khasnya undi bukan Muslim.

"Walaupun kita kritik Tun Mahathir dalam beberapa perkara, namun jangan lupa, ketika Tun masih berkuasa, beliau telah dapat mewujudkan kestabilan dalam negara dalam isu pergolakan antara agama ini," tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, tokoh-tokoh agamawan Muslim di Malaysia sepatutnya dapat menyeru orang-ramai untuk mengadakan dialog dengan tokoh agama bukan Muslim.

"Ini perlu bagi mewujudkan suasana saling memahami dan menghormati. Saya yakin melalui dialog dan perbincangan terbuka lagi ikhlas dalam kalangan tokoh akan mewujudkan suasana kondusif dan saling mempercayai.

"Tanpa dialog, akan wujudlah persepsi dan sangkaan buruk yang dilarang oleh semua agama," kenyataan beliau dipetik dalam sebuah laman berita.

Tambahnya, jika kemelut agama ini dapat diselesaikan di peringkat tokoh-tokoh pimpinan politik dan agamawan, maka kemelut yang berlaku di peringkat rakyat bawahan akan dapat dikawal dengan baik.

"Saya yakin semua pihak beragama di Malaysia mahukan suasana beragama yang sihat dan keharmonian dikekalkan," kata Dr Juanda lagi.

1 comments:

madbi said...

suasa ketiga jer..... kenapa x jadi ke 30 atau 300, kan banyaaak...????

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat