Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Mengapa Jet F5E tak dihadap ke Mahkamah Tentera?

Sunday, 24 January 2010

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan berlakunya kes-kes terpilih dalam Kementerian Pertahanan sehingga menyebabkan Kes Kehilangan Injin jet F5E tidak dihadapkan ke pengadilan sebagaimana dilakukan ke atas kes KD Seri Inderapura yang mana bekas Ketua Pemerintah kapal tersebut dihadapkan ke Mahkamah Tentera ekoran terbakar pada 8 Oktober lalu.

"Tahniah pada TLDM yang mengekalkan budaya ketua mesti bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dibawah kelolaan mereka. Tetapi mengapa pula tidak berlaku dalam TUDM bila injin jet F5E hilang tetapi ketua yang bertanggungjawab tidak dikenakan tindakan atau didakwa oleh Mahkamah Tebntera," kata Mahfuz dalam kenyataan media beliau.

Menurut beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena, sepatutnya Kementerian Pertahanan tidak bersikap memilih kes dan perlu lebih telus kerana ia melibatkan kepentingan serta keselamatan rakyat.

"Sepatutnya bekas Panglim TUDM dan bekas Menteri Pertahanan juga dihadapkan ke Mahkamah Tentera kerana menyembunyikan kehilangan injin F5E dari pengetahuan umum selama hampir dua tahun.

'Ini seolah-olah ada perkara yang lebih besar yang cuba disembunyikan apabila pihak Peguam Negera hanya mengumumkan hasil siasatan polis hanya mendapati tiada pegawai atasan TUDM dan Kementah terlibat dalam kehilangan tersebut.

Dalam perkembangan tersebut Mahfuz juga turut mencabar Menteri Pertahanan dan Penglima Angkatan Tentera mendedahkan siapakah pegawai pemerintah kem TUDM sewaktu ijnin jet F5E hilang dan apakah pegawai atasan tersebut di hadapkan ke Mahkamah Tentera sebagaimana kes kebakaran KD Inderapura.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat