Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Jimat 1.3 Billion Untuk Gula, Bazir 1 Billion Untuk F1

Wednesday, 20 January 2010

Dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang juga kerajaan mahu memperkenal dasar GST untuk hampir semua jenis barangan termasuk menaikkan kadar cukai-cukai lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, semua sikap ini membuktikan bahawa kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah kerana wang sebelum ini telah banyak dibazirkan.

PAS, katanya memahami kesulitan kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih berkemampuan kalau dasar penjimatannya dilaksanakan dengan betul.

"Walaupun kerajaan BN berbangga menyatakan bahawa mereka telah berjimat sebanyak RM 1.3 bilion, namun rakyat sakit hati kerana daripada penjimatan itu kerajaan telah membazirkan RM1 bilion menerusi bajet 2010 bertujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

"PAS kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat," katanya.

Mungkin, tambah beliau, pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga demikian sudah boleh dianggap besar, kerana bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

"Banyak lagi barang kegunaan lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah," kata beliau lagi.

Idris berkata, pelaburan RM 1 billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa.

"PAS juga mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki bajet negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan harus bijak menggunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedangkan kerajaan sendiri yang membazir," tambah beliau.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat