Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

BN Bergolak

Wednesday, 30 December 2009

Barisan Nasional dan Umno semakin bergolak apabila Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz meletakkan jawatan. Hal ini kerana Kamilia merasakan Nazri bertanggungjawab menyebabkan hampir separuh wakil rakyat BN tidak hadir dalam Dewan Rakyat bagi meluluskan sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010.

Menurut beliau, Nazri sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen, dilihat sebagai individu yang harus dipersalahkan. Nazri tidak harus menafikan peranannya dalam perkara itu memandangkan beliau adalah menteri yang diberi tanggungjawab sepenuhnya.

Pada 14 Disember lalu, Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian kira-kira jam 11.15 malam selepas ramai ahli Parlimen BN tidak berada dalam Parlimen ketika itu. Kejadian itu boleh menyebabkan Parlimen dibubarkan berdasarkan konvensyen atau amalan oleh beberapa negara komanwel.

BN sepatutnya dihadiri oleh 138 anggota di Dewan Rakyat pada malam tersebut tetapi hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi meluluskan sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010 itu.

Sebelum itu, Kamilia mengeluarkan kenyataan yang Ketua Whip BN sepatutnya meletakkan jawatan berikutan insiden itu. Namun beliau memperbetulkan kenyataannya dengan mengatakan ketua Whip yang dimaksudkan beliau adalah Nazri.

Nazri dalam kenyataan balasnya menyatakan beliau tidak harus dipersalahkan dalam insiden itu. Beliau berkata lagi, jawatan ketua whip kini disandang oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri dan bukannya beliau.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat