300 Orang Sahaja Buat Demo?


Kesian kepada UMNO yang buat demonstrasi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Apalah sudah jadi dengan UMNO sehingga terdesak buat perhimpunan haram itu? Kalau mahu buat demonstrasi, jangan guna perkataan rakyat Kelantan sebaliknya guna perkataan UMNO sahaja kerana yang mahu berdemontrasi adalah rakyat UMNO Kelantan bukannya rakyat Kelantan. Kalau rakyat Kelantan termasuklah rakyat PAS, Keadilan dan UMNO.

Lupakan sahaja niat mahu menghantar memorandum itu dan fahami apa maksud doa Tok Guru itu. Doa Tok Guru adalah “bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.”

Comments