Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Tuntut Bayaran Tetapi 8 Program Tidak Wujud

Wednesday, 4 November 2009


GAMBAR ATAS (dari kiri) Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri; Bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun; dan Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri manakala gambar bawah (dari kiri) Pembantu Tadbir Abd Rahman, Rosli Busro, Pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin dan Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How.

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.

Abd Rahman, 44, yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan program motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta meraikan pelajar cemerlang peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Beliau juga didakwa mengemukakan butiran palsu dalam dua surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga serta Forum Perdana Peringkat Mukim DUN Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan keenam hingga kelapan, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan RM10,000 setiap satu untuk Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi; membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Motivasi UPSR serta membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru Kemas Peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Semua lapan program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat