Polis Seperti Penjenayah


Tindakan polis mengganggu majlis jamuan makan bersama masyarakat yang diadakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 31 Oktober lalu di Brickfield dan bertindak kasar seperti gengster amat dikesali.


Majlis anjuran Persatuan Penduduk dan Persatuan Penjaja Taman Sri Sentosa itu bertujuan untuk mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat miskin dan Persatuan Ibu Tunggal Lembah Pantai.


Tindakan polis naik ke pentas dan merampas mikrofon ketika Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berucap amat dikesali kerana permit majlis tersebut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Usaha polis adalah menakutkan ahli politik dari Pakatan Rakyat dan alasan yang diberikan polis adalah majlis itu berbaur politik. Memang dangkal dan jahil angota polis jika memberi alasan tersebut. Bila ahli politik bercakap semestinya akan bercakap politik takkan mahu bercakap seperti guru yang mengajar dalam kelas.


Polis sebenarnya agen UMNO/BN dan sebagai bukti dalam program anjuran UMNO/BN, mereka kibarkan bendera dan logo parti tetapi pois tidak bertindak apa-apa pun kepada mereka dan itu adakahbukan unsur politik? Mengapa musuh politik hanya datang dari Pakatan Rakyat?


Itulah sikap polis yang double standard sama seperti UMNO/BN. Hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain yang salah. Tanggalkan sahaja pakaian seragam jika mahu masuk politik.

Comments