Padah Kerana Penyokong


Gara-gara tindakan liar penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkemungkinan akan menerima amaran keras atau dilarang menyertai Liga Malaysia Musim hadapan.

Adakah kerana penyokong, Persatuan atau pasukan bola sepak harus digugurkan? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Apakah nasib bola sepak Kelantan selepas ini? Adakah disenaraikan atau disisih terus dari persaingan.

Dalam kejadian sabtu lalu, tidak cukup dengan balingan mercun dan botol air di atas padang, tindakan paling melampau penyokong Sang Kijang itu ialah membakar kerusi, sesuatu yang paling sukar sekali untuk diterima.

Menyedari kemungkinan itu, pihak stadium telah membuat persiapan awal dengan mendapatkan kerjasama daripada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengawal keadaan.

Sama-sama kita nantikan apakah nasib yang bakal menimpa pasukan Kelantan selepas ini. Dua kali naib juara tetapi paling banyak berlaku kontroversi. Bukan salah pemain tetapi sikap penonton.

Comments